preload


Kajian yang dibuat diperingkat sarjana menunjukkan wujud perbezaan yang besar amalan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah.Hasilnya menunjukkan bahawa semasa di sekolah lebih dari 95% pelajar tidak pernah meninggalkan solat dengan sengaja dan apabila balik ke rumah peratus ini merosot sehingga ke paras di bawah 50%.Begitu juga dengan kewajiban menutup aurat.Ini menjadi satu petunjuk bahawa pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar belum mampu menjadikan mereka melaksanakan ajaran Islam.

Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang dididik dalam persekitaran agama tidak mampu melaksanakan ajaran agama?.Sepatutnya pelajar-pelajar yang dididik secara agama ini menunjukkan keislaman yang baik.

Untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita perlu mengambil i'tibar dari sejerah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tokoh-tokoh yang sering dijadikan contoh dan tauladan seperti Bilal r.a., Sumayyah, Amar bin Yasir Mus'ab Bin Umair, Saidina Umar al-Khattab bahkan semua sahabat nabi berubah daripada keadaan hidup Jahilliyyah kepada Islam. Semuanya berubah kerana AQEEDAH, Dan Aqeedah bukan semata-mata Ilmu Pengetahuan atau maklumat, tetapi ia adalah keyakinan.
Credit to : www.pasak.com

  • 0 comments:

    • Post a Comment

Tasneem. Powered by Blogger.

Labels

Home Pictures, Images and Photos


Cool Neon Green Outer Glow Pointer
Powered By Blogger