preload

Ceramah Bulanan Kali Pertama telah diadakan pada jam 9.00 malam. Ceramah disampaikan oleh seorang ustaz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu Mersing. Ceramah bertajuk Kecemerlangan JERI iaitu tips bagaimana seorang pelajar cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Antara isi penting ceramah tersebut ialah :
Tips meningkatkan kecemerlangan emosi iaitu sentiasa memberi salam, senyum, bersalaman dan bercakap dengan kata - kata yang baik. 

Tips meningkatkan kecemerlangan Rohani ialah solat, belajar faham maksud bacaan solat,solat berjemaah, khusyuk dalam solat, baca al quran, jaga aurat dan jaga pergaulan.

Tips meningkatkan kecemerlangan intelek ialah banyakkan minum air terutama zam - zam dan air yasin, makan kurma, berguru dan membaca sumber ilmu.

Program ini turut dihadiri oleh Pengetua dan PK HEM.


















Read More...


Kejujuran dan Keikhlasan

Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.
Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.
Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tahukah anda, keran tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.
Cuba anda renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri anda…Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda ? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?
Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.

Read More...

Forgiveness

Published in: Labels: , ,

133. And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as are the heavens and the earth, prepared for Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).






Read More...

Sejak penubuhannya kira-kira 27 tahun lalu, UIAM merupakan salah sebuah universiti yang sering diperkatakan di dunia Islam.Apatah lagi, matlamatnya adalah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.

Kampus induk UIAM yang seluas 283 hektar terletak di Gombak, Selangor mampu menawarkan pelbagai program pengajian kepada pelajar dari dalam dan luar negara.Di matrik UIA [Centre of Foundation Studies] / Asasi UIA , Bahasa yang akan pensyarah gunakan semasa kuliah ialah Bahasa Inggeris untuk semua kursus, kecuali BAR dan IRK yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Program Asasi UIAM diadakan untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dalam perlaksanaannya, UIAM menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.








Maklumat Penuh Tentang CSFIIUM : Program asasi UIAM

Read More...


... صلى الله عليه وآله وسلم. 



A. Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad SAW
1. Kemuliaan Ayahanda Nabi Muhammad SAW
Abdul Muthalib, kakek Nabi Muhammad SAW orang yang dipercaya memelihara serta menjaga ka’bah dan sumur zam-zam. Saat Abdul Muthalib mengajak penduduk mekah bergotong-royong memperbaiki sumur zam-zam, banyak yang menolak dan hanya beberapa orang saja yang membantunya.
Pada waktu kesulitan itulah Abdul Muthalib bernazar jika dia dikaruniai sepuluh anak laki-laki ia akan mengorbankan satu diantaranya. Ketika Abdul Muthalib telah dikaruniai sepuluh anak laki-laki, nazar tersebut benar-benar dilaksanakannya. Untuk menentukan siapa yang akan dikorbankan, Abdul Muthalib mengundinya. Undian pun jatuh kepada Abdullah (ayah Nabi Muhammad SAW).
Atas saran kaum quraisy dan saran seorang perempuan ahli nujum dari Hijaz, undian itu harus diulang bukan dengan anak-anaknya tetapi dengan sepuluh ekor unta. Namun hasil undian itu tetap jatuh kepada Abdullah. Demikianlah undian itu diulang-ulang hingga jumlah unta menjadi seratus ekor. Setelah jumlah unta mencapai seratus, undian pun jatuh kepada seratus ekor unta. Undian itu diulag sampai 3 kali dan hasilnya jatuh kepada seratus ekor unta. Akhirnya Abdul Muthalib menyembelih seratus ekor unta, dan selamatlah Abdullah dari penyembelihan karena Allah SWT berkehendak menjaga Abdullah.
2. Hancurnya Pasukan Gajah
Nabi Muhammad SAW lahir pada tanggal 12 Rabiul Awwal tahun Gajah.
Tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut tahun Gajah karena pada tahun itu datang pasukan tentara gajah. Pasukan itu dipimpin oleh seorang raja dari negeri Yaman bernama Abrahah. Disebut tentara gajah karena Abrahah dan tentaranya datang dengan membawa pasukan gajah. Tujuannya adalah menyerbu kota Mekah untuk menghancurkan Ka’bah.
Ketika pasukan bergajah itu telah mendekati Mekah, mereka berhenti dan membuat kemah. Kemudian Abrahah mengirim seorang utusan kepada Abdul Muthalib sebagai penjaga Ka’bah. Utusan itu menyampaikan pesan bahwa kedatangannya untuk menghancurkan Ka’bah. Namun Allah SWT menjaga dan melindungi rumah suci itu. Allah SWT mengutus segerombolan burung Ababil yang membawa batu kerikil yang sangat panas dari Sijjil (tanah yang terbakar). Burung-burung itu melempari tentara Abrahah sehingga hancur binasa. Selamatlah Ka’bah dari kehancuran karena pertolongan Allah SWT. Peristiwa ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surat Al Fiil ayat 1-5.
B. Peristiwa Luar Biasa pada Malam Kelahiran Nabi Muhammad SAW
1. Mimpi Abdul Muthalib dan Aminah.
Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW Abdul Muthalib melihat sebuah sinar terang keluar dari punggungnya. Cahaya itu menyinari seluruh dunia hingga terang benderang. Begitu pula Aminah (ibunda Nabi Muhammad SAW), pernah bermimpi melihat cahaya keluar dari tubuhnya dan menyinari istana Kerajaan Syam.
2. Langit indah diatas Kota Mekah.
3. Api sesembahan orang Majusi mendadak padam.
4. Istana Kisra Unusyirwan rusak.
5. Kesaksian para pendeta Nasrani.
Seorang Yahudi ahli kitab di Yatsrib melihat sebuah bintang cemerlang yang tidak pernah terlihat sebelumnya. Orang Yahudi menceritakan bahwa munculnya bintang itu pertanda seorang nabi pasti telah lahir.

Read More...



Kajian yang dibuat diperingkat sarjana menunjukkan wujud perbezaan yang besar amalan pelajar-pelajar di sekolah dan di rumah.Hasilnya menunjukkan bahawa semasa di sekolah lebih dari 95% pelajar tidak pernah meninggalkan solat dengan sengaja dan apabila balik ke rumah peratus ini merosot sehingga ke paras di bawah 50%.Begitu juga dengan kewajiban menutup aurat.Ini menjadi satu petunjuk bahawa pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar belum mampu menjadikan mereka melaksanakan ajaran Islam.

Antara syariat (peraturan Allah) yang perlu ditekankan terlebih dahulu dalam tarbiyyah dan pendidikan ialah solat. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menekankan perkara ini. "Ajarlah anak kamu solat apabila ia berumur 7 tahun". Ibadah seperti solat dan puasa boleh mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah mengapa pelajar-pelajar sekolah agama yang dididik dalam persekitaran agama tidak mampu melaksanakan ajaran agama?.Sepatutnya pelajar-pelajar yang dididik secara agama ini menunjukkan keislaman yang baik.

Untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam kita perlu mengambil i'tibar dari sejerah dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Tokoh-tokoh yang sering dijadikan contoh dan tauladan seperti Bilal r.a., Sumayyah, Amar bin Yasir Mus'ab Bin Umair, Saidina Umar al-Khattab bahkan semua sahabat nabi berubah daripada keadaan hidup Jahilliyyah kepada Islam. Semuanya berubah kerana AQEEDAH, Dan Aqeedah bukan semata-mata Ilmu Pengetahuan atau maklumat, tetapi ia adalah keyakinan.
Credit to : www.pasak.com

Read More...
Tasneem. Powered by Blogger.

Labels

Home Pictures, Images and Photos


Cool Neon Green Outer Glow Pointer
Powered By Blogger