preload

Saf Kanak-Kanak



Di sudut kerahmatan dan masyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak dengan remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid kepada mereka. Takut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat.

Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada "khurafat" yang disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ? dimanakah dalil dan hujahnya ?



Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat di tepi baginda.

Kata Ibn Abbas :

" Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. 

Kata Syeikh Nasir ad-Din al-Albani : "Adapun menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar ar-Rayah )



Layanan Buruk

Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf  kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di Masjid.

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.




Ada juga masjid pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan masjid. Dukacita sikap sedemikian tersimpan dalam perasaan sesetangah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjaga warna karpet baru dari daripada berkempen mendapat jemaah baru.



Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda : 

"Aku mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.



Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan masjid. Kemudian kita "bising" apabila jenerasi muda tidak minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.

Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan bising mengganggu solat, itu alasan yang kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.

Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya dengan akal fikiran kita sahaja.

Read More...

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

1. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

2.Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

3. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

4. Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

5. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

Read More...

                                     nyanyian amrizad, alim redzuan dan zaid...khas untuk cikgu ahmadi

      

Read More...

Unite for islam

Published in:

Unite 4 islam...urrmmm..ape sebenarnya benda tersebut. fahaman baru ke?
ke gerakan islah terbaru? x penah dengar pun...
Untuk pengetahuan semua, unite for islam ataupun uni4Islam merupakan kumpulan
nasyid daripada sekolah menengah sains sultan iskandar (smssi@iskandar). sebilangan besar 
daripada ahli kumpulan nasyid unite for islam adalah daripada ahli BADAR smssi@iskandar.
kumpulan ini masih baru ditubuhkan,(iaitu pada tahun 2010).bagaimana kumpulan ini terbentuk?
kumpulan ini sebenarnya terbentuk secara tidak sengaja. 
Pada asalnya, tiada sebarang perancangan untuk menubuhkan kumpulan yg
bernama uni4islam ini. Akhirnya ia tertubuh jua apabila berjaya mendapat 
suara yang sempurna yg terdiri daripada suara bass,second,third dan sebagainya.
HARAPAN???...sudah tentu kami ingin menempah tiket ke pertandingan
nasyid peringkat Negeri nanti. Begitu juga dengan
pertandingan sempena minggu anti-dadah
semoga uni4Islam terus maju dalam perindustrian nasyid ini.


Read More...
Tasneem. Powered by Blogger.

Labels

Home Pictures, Images and Photos


Cool Neon Green Outer Glow Pointer
Powered By Blogger