preload

Solat Hajat Perdana

Published in:
   Pada 2/10/2010, telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat Perdana Peringkat Sekolah di Surau Al-Kauthar.
Majlis bermula tepat pada jam 6.30 petang didahulukan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Arif, dari sekolah Menengah Agama di Mersing. Tazkirah disampaikan sehingga waktu Maghrib seterusnya diikuti dengan solat Maghrib secara jemaah di surau.

   
Selepas itu, para jemaah bangkit dan menunaikan solat hajat bersama-sama yang diimami oleh ustaz Arif. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin sehingga waktu Isyak menjelang. Para jemaah kemudiannya mendirikan saf untuk menunaikan solat fardhu Isyak secara berjemaah.


    Selepas itu, para jemaah dijamu dengan jamuan yang sungguh menyelerakan di surau al-Kauthar. Majlis

tamat sejurus tamatnya jamuan tersebut. Ibubapa yang hadir boleh bertemu dengan anak masing-masing dan membawa keluar.
    Jutaan terima kasih ditujukan kepada mana-mana pihak yang banyak membantu menjayakan program ini secara langsung atau tidak.Tahniah juga ditujukan kepada pihak BADAR SMSSI yang bertungkus-lumus menyediakan kemudahan yang terbaik untuk ibubapa yang hadir pada malam tersebut.



Diharapkan program seperti ini sedikit sebanyak 
memberi manfaat kepada para pelajar, khususnya para 
pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki 
peperiksaan PMR dan SPM. Kami dari pihak BADAR mengucapkan selamat berjuang kepada para calon peperiksaan. Semoga keputusan yang dihasilkan dapat meningkatkan pencapaian sekolah yang tercinta ini.
Tasneem. Powered by Blogger.

Labels

Home Pictures, Images and Photos


Cool Neon Green Outer Glow Pointer
Powered By Blogger