preload

Saf Kanak-Kanak



Di sudut kerahmatan dan masyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak dengan remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid kepada mereka. Takut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat.

Mereka dijarakjauhkan daripada saf orang dewasa. Kadangkala jauhnya itu pulang diselang beberapa saf. Ditulis pula satu papan tanda "saf kanak-kanak". Ini semua berpunca daripada "khurafat" yang disandarkan kepada fikah kononya jika kanak-kanak yang belum baligh atau belum sunat tidak layak solat disaf hadapan. Adakah ini ajaran islam ? dimanakah dalil dan hujahnya ?



Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah S.A.W bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas bersolat di tepi baginda.

Kata Ibn Abbas :

" Rasulullah S.A.W bangun solat malam, aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri Baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan Baginda."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang Baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah S.A.W menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. 

Kata Syeikh Nasir ad-Din al-Albani : "Adapun menjadikan saf kanak-kanak dibelakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam satu saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah S.A.W menjadi hujah dalam masalah ini ( Al-Albani, Taman-alminah, 284, Riyadh Dar ar-Rayah )



Layanan Buruk

Hasil lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang solat keluar dari saf  kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di Masjid.

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang perampas yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.




Ada juga masjid pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan masjid. Dukacita sikap sedemikian tersimpan dalam perasaan sesetangah orang. Hal ini kerana sesetengah kita lebih ingin menjaga warna karpet baru dari daripada berkempen mendapat jemaah baru.



Dalam hadis Nabi S.A.W, baginda bersabda : 

"Aku mendirikan solat ( sebagai imam ) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya."  ( Riwayat Al-Bukhari )

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh Baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman Baginda menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya.



Demikianlah Nabi S.A.W menjaga perasaan ahli jemaahnya. Adapun kita, jika anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan ketika berada di pusat-pusat hiburan, jika dibandingkan dengan masjid. Kemudian kita "bising" apabila jenerasi muda tidak minat dengan masjid atau tidak selesa dengan masjid.

Bukan alasan jika kanak-kanak berada di saf hadapan, akan bising mengganggu solat, itu alasan yang kuno sama sekali, adalah lebih bising kanak-kanak itu dikumpulkan dalam satu saf khas, kerana akan bertemu "Ultraman dan "Doreamon". Jika saf kanak-kanak diselang selikan dengan saf orang dewasa, adakah akan berlaku bising ? pastinya tidak..maka fikirlah kita semua.

Lakukanlah cara nabi yang dipertontonkannya, bukannya dengan akal fikiran kita sahaja.

Read More...

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

1. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

2.Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

3. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

4. Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

5. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

Read More...

                                     nyanyian amrizad, alim redzuan dan zaid...khas untuk cikgu ahmadi

      

Read More...

Unite for islam

Published in:

Unite 4 islam...urrmmm..ape sebenarnya benda tersebut. fahaman baru ke?
ke gerakan islah terbaru? x penah dengar pun...
Untuk pengetahuan semua, unite for islam ataupun uni4Islam merupakan kumpulan
nasyid daripada sekolah menengah sains sultan iskandar (smssi@iskandar). sebilangan besar 
daripada ahli kumpulan nasyid unite for islam adalah daripada ahli BADAR smssi@iskandar.
kumpulan ini masih baru ditubuhkan,(iaitu pada tahun 2010).bagaimana kumpulan ini terbentuk?
kumpulan ini sebenarnya terbentuk secara tidak sengaja. 
Pada asalnya, tiada sebarang perancangan untuk menubuhkan kumpulan yg
bernama uni4islam ini. Akhirnya ia tertubuh jua apabila berjaya mendapat 
suara yang sempurna yg terdiri daripada suara bass,second,third dan sebagainya.
HARAPAN???...sudah tentu kami ingin menempah tiket ke pertandingan
nasyid peringkat Negeri nanti. Begitu juga dengan
pertandingan sempena minggu anti-dadah
semoga uni4Islam terus maju dalam perindustrian nasyid ini.


Read More...

Musola Al - Haqim

Published in:

alhamdulillah...akhirnya surau Al-Kauthar berjaya menempah tempat untuk pertandingan
musolla al-haQim peringkat negeri. setelah berjaya mendapat tempat pertama
untuk peringkat negeri. Penilaian dimulakan dengan kehadiran Pegawai Pelajaran


Johor, sesi kenalan dijalankan yang diketuai oleh sdr Zaid. Seterusnya 
penilai mengunjungi tempat-tempat yang menarik untuk dilawat, contohnya:
Model Mini Haji, Replika jenazah, Baitul Hikmah (perpustakaan mini), 
cybersport, laman hijau al-kauthar,ruangan model kaabah dan banyak lagi.

alhamdulillah penilaian berakhir dengan jayanya.
-mari sama-sama mendoakan kejayaan surau al-kauthar dalam pertandingan ini.am!n~







Read More...


Kadang-kadang bisikan seolah melawan takdir dan ketentuan datang berupa persoalan, "kenapa aku begini, sedangkan dia begitu". Ataupun, "kalaulah aku tidak begitu tentu tak jadi begini". Ya Allah, halus benar jarum tusukan syaitan membisikkan kalimah-kalimah pujukan sambil dihiasi dengan kepalsuan semata.

Read More...

Jamuan Berbuka Puasa

Published in:




      Pada bulan syawal bersamaan 1431H, satu majlis berbuka puasa diadakan yang dianjurkan
oleh syukbah Usrah dan Ceramah. Sebanyak 5 kumpulan Usrah telah bergabung dan mengadakan
jamuan ini bersama-sama yang bertempat di sekolah. Jamuan bermula pada petangnya dengan
aktiviti memanggang ayam bersama-sama. Pelbagai hidangan telah disediakan untuk para pelajar.Majlis diteruskan dengan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan gotong-royong membersihkan kawasan majlis.Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.



Tahniah diucapkan kepada syukbah Usrah dan Ceramah kerana telah mengadakan satu aktiviti yang menarik untuk para pelajar. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan pada masa yang akan datang.
~INSYAALLAH~

Read More...

Na'uzubillah. ...

Published in:


PENTING! Pengakuan Ikhlas Seorang Umat Islam 


KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


                    Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. 

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah 
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin 
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian 
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai 
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.



Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untukmengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali 
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. 




Cara-cara berdakwah: 
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum  1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura. 



Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling 
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah.   Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. 

Di Ipoh 
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama 

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan 
Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan   adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. 


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob 
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok 
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu
 dosa-dosamu. 
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
 untuk 
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'...... maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..




ALLAHUAKHBAR
  

Read More...

Solat Hajat Perdana

Published in:

   Pada 2/10/2010, telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat Perdana Peringkat Sekolah di Surau Al-Kauthar.
Majlis bermula tepat pada jam 6.30 petang didahulukan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Arif, dari sekolah Menengah Agama di Mersing. Tazkirah disampaikan sehingga waktu Maghrib seterusnya diikuti dengan solat Maghrib secara jemaah di surau.

   
Selepas itu, para jemaah bangkit dan menunaikan solat hajat bersama-sama yang diimami oleh ustaz Arif. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin sehingga waktu Isyak menjelang. Para jemaah kemudiannya mendirikan saf untuk menunaikan solat fardhu Isyak secara berjemaah.


    Selepas itu, para jemaah dijamu dengan jamuan yang sungguh menyelerakan di surau al-Kauthar. Majlis

tamat sejurus tamatnya jamuan tersebut. Ibubapa yang hadir boleh bertemu dengan anak masing-masing dan membawa keluar.
    Jutaan terima kasih ditujukan kepada mana-mana pihak yang banyak membantu menjayakan program ini secara langsung atau tidak.Tahniah juga ditujukan kepada pihak BADAR SMSSI yang bertungkus-lumus menyediakan kemudahan yang terbaik untuk ibubapa yang hadir pada malam tersebut.



Diharapkan program seperti ini sedikit sebanyak 
memberi manfaat kepada para pelajar, khususnya para 
pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki 
peperiksaan PMR dan SPM. Kami dari pihak BADAR mengucapkan selamat berjuang kepada para calon peperiksaan. Semoga keputusan yang dihasilkan dapat meningkatkan pencapaian sekolah yang tercinta ini.

Read More...

keluaran pertama

Published in:

Assalamualaikum...alhamdulillah blog badar ini berjaya ditubuhkan buat pertama kalinya di SMSSI . Dengan kemudahan yang disediakan di surau ini, dapatlah blog ini dimajukan. Setelah penat lelah ahli badar smssi bertungkus-lumus mendapatkan kemudahan ini, akhirnya kami berjaya menubuhkan blog ini. Satu prestasi
yang amat dibanggakan buat warga smssi.Tahniah diucapkan. Akhir sekali, semoga usaha dakwah yang murni ini diterima oleh Allah s.w.t dan menjadi satu semangat buat BADAR semua agar dapat terus berdakwah dan saling berdakwah di dalam kehidupan ...insyaallah...


Read More...
Tasneem. Powered by Blogger.

Labels

Home Pictures, Images and Photos


Cool Neon Green Outer Glow Pointer
Powered By Blogger